Gandakan Pahala Di Bulan Ramadan Ini

Alhamdulillah setiap hari kita dapat sahur dan berbuka dengan makanan yang sedap tanpa perlu mengira belanja yang dikeluarkan. Kita masih boleh memilih hidangan apa yang kita idamkan.

Tetapi tuan puan, kita lupa yang masih ada golongan yang kita harus raikan ketika tibanya bulan Ramadan . Mereka perlukan kita untuk menikmati bulan yang mulia ini.



Cakna Tentang Nasib Mereka Tahun Ini

Hotel Seri Costa Melaka dengan kerjasama Felda Travel Sdn Bhd  ingin bersama sama mengajak tuan/puan berkongsi rezeki melalui Program Infaq Ramadan 2025 dengan menyediakan buffet Ramadan berbuka puasa kepada golongan yang kurang bernasib baik.



FGV Seikhlas Hati 2024

Bersama Rumah Kasih Tun Abdul Aziz di Hotel Seri Costa Melaka - 22 Mac 2024

Pengerusi FGV Holdings Berhad, Tan Sri Rastam Mohd Isa bergambar bersama Anak-anak RKTAA 

Inisatif ini merupakan sebahagian daripada usaha Kumpulan FGV untuk menyantuni komuniti setempat dan menabur bakti kepada masyarakat menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu FGV Seikhlas Hati.


Tan Sri Rastam Mohd Isa dalam Majlis Penyampaian Duit Raya


Program bertemakan komuniti dan sosial ini adalah selari dengan aspirasi FGV untuk membangunkan taraf sosio-ekonomi masyarakat dan memupuk masa depan yang lestari.

Tan Sri Rastam Mohd Isa bersama Datuk Wira Dr Hjh Radhuana Salleh, Pengurus Besar Yayasan Melaka melihat juadah diiringi Chef Annuar




Program Infaq Ramadan




Program ini merupakan salah satu program anjuran Hotel Seri Costa Melaka dengan kerjasama Felda Travel Sdn Bhd yang bermula pada tahun 2020.


Tujuan utama program pada tahun ini adalah untuk meraikan golongan Asnaf, Anak Yatim, Pelajar Tahfiz, Muallaf dan golongan yang kurang berkemampuan di sekitar Melaka melalui buffet Ramadan di Hotel Seri Costa Melaka.



Tahun lepas (2024), kami telah menyediakan hidangan buffet Ramadan kepada 1631 orang hasil dari tajaan tuan/puan dan syarikat korporat. Alhamdulillah, mereka sangat gembira dan terharu kerana jika tiada sumbangan dari tuan/puan mereka tiada peluang untuk merasa makanan hotel yang pelbagai pilihan.


Boleh lihat meriahnya suasana cafe Hotel Seri Costa Melaka dengan kehadiran mereka.



Mereka akan dilayan seperti VVIP oleh petugas hotel kami.


Menunggu waktu berbuka di cafe berhawa dingin.


Hari istimewa mereka boleh makan apa sahaja tanpa had.


Anak-anak syurga gembira untuk menerima duit raya.



ADUN Duyong, YB Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem menyokong penuh inisiatif program infaq Ramadan Hotel Seri Costa, Melaka. Beliau membantu menyediakan penama asnaf yang layak di kawasan Duyong serta perkhidmatan bas percuma untuk mereka.

Seramai 500 orang golongan kurang bernasib baik dari kawasan Duyong telah menerima manfaat dari program ini tahun pada 2024. Terima kasih YB!


Lebih ramai yang menerima manfaat dari tajaan anda



Asnaf & Ibu Tunggal Bukit Katil Melaka - 15 Mac 2024



Ibu Tunggal Melaka - 20 Mac 2024



Akademi Tahfiz Abdul Aziz (ATAA) - 24 Mac 2024


     

Tahun 2023


Sasaran Tajaan Tahun 2025

Tuan/puan lihat sendiri kemeriahan dan keseronokkan mereka ketika dijemput menikmati hidangan lazat oleh chef terbaik kami. Ini adalah hasil dari tajaan tuan/puan. Alhamdulillah.

Jadi kami menyeru tuan/puan untuk memberi tajaan atau sumbangan pada tahun ini bagi meneruskan Program Iftar Ramadan 2025 seterusnya menyantuni golongan yang kurang bernasib baik menikmati kegembiraan di bulan yang mulia ini.


 SASARAN 1,600 TAJAAN BUFFET RAMADAN TAHUN INI 

Kami sangat memerlukan sokongan untuk program ini berjalan lancar. Semoga tajaan dan sumbangan tuan/puan mendapat ganjaran yang baik di akhirat nanti. InsyaAllah.



Sijil Halal Hotel Seri Costa Melaka


sumber semakan sijil halal : http://www.halal.gov.my/




Sejak program ini dilancarkan, lebih..

  5,000  

Individu Mendapat Manfaat


Terima Kasih Kepada Semua Penyumbang

Terpancar kegembiraan di setiap wajah mereka atas tajaan dan agihan pek makanan di dalam Program Infaq Ramadan. Jutaan ucapan terima kasih diucapkan atas tajaan kepada mereka.

Kini tiba giliran anda untuk menceriakan wajah mereka di bulan Ramadan 2025. Jom bantu kerana anda adalah kekuatan mereka!


FAQ

Bagaimana bentuk agihan diberi tahun ini?
>> Chef terbaik kami akan sediakan dalam bentuk buffet pada bulan Ramadan yang dijamin BERSIH dan HALAL.

Siapa penerima sasaran program ini?
>> Golongan yang mendapat manfaat didalam program ini adalah  Keluarga Miskin Tegar, Anak Yatim, Tahfiz, Rumah Orang Tua serta Mualaf.

Berapa minimun tajaan?
>> Minimum tajaan adalah RM50 dengan anggaran 1 pax.

Dimana tempat buffet Ramadan untuk program ini?
>> Program diadakan sepanjang bulan Ramadan di Hotel Seri Costa Melaka.




Untuk transaksi secara manual / CDM boleh salurkan ke akaun di bawah

Maybank : Felda Travel Sdn Bhd
No akaun : 5040 8514 8156
Sila letakkan rujukan PIR2025

Pengesahan: Hasil tajaan sumbangan ini akan disalurkan kepada golongan Asnaf dan golongan yang memerlukan sempena bulan Ramadan 2025.


Zahirkan tajaan anda di bulan Ramadan yang mulia ini melalui borang di bawah



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Tajaan Program Iftar (1 pax)
Tajaan Program Iftar (2 pax)
Tajaan Program Iftar (5 pax)
Tajaan Program Iftar (10 pax)
Tajaan Program Iftar (20 pax)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

Felda Travel Sdn Bhd (100395-K)
salam@feldatravel.com.my
+60327891133