TERMA & SYARAT PELANGGAN FELDA TRAVEL SDN BHD

1. Wang Pendahuluan RM1,000 seorang dan bayaran kedua adalah 50% daripada harga penuh pakej dibuat dalam masa 2 minggu selepas pendaftaran dibuat. Bayaran penuh mesti dijelaskan 45 hari sebelum tarikh berlepas.
2. Pembayaran boleh dibuat melalui online transfer / bank draf / cek /tunai terus kepada akaun syarikat seperti berikut;

No Akuan: 5144 9540 1643
Nama : FELDA TRAVEL SDN BHD

3. Harga,tarikh,aturcara,jenis penerbangan tertakluk kepada perubahan sekiranya perlu dengan ataupun tanpa notis.
4. Pihak syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya mana-mana jemaah dinafikan perjalanan ke luar negara oleh pihak Imigresen Malaysia
 dan bayaran pakej tidak akan dikembalikan.

PAKEJ UMRAH TERMASUK

1. Tiket penerbangan mengikut pilihan pakej yang dibuat.
2. Cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
3. Kos visa dan perlindungan insurans bagi warganegara Malaysia dan penduduk tetap.
4. Penginapan,pengangkutan, makan dan minum mengikut pilihan pakej.
5. Lain-lain yang dinyatakan

PAKEJ UMRAH TIDAK TERMASUK

1. Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (Porter) , hotel, dan perkhidmatan tambahan lain sepanjang tempoh pakej ini.
2. Penggantian bagasi atau barangan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan adalah dibawah tanggungan jemaah sendiri.
3. Sebarang perubahan kadar matawang asing atau kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang,surcaj bahan api dan kenaikan kos visa.
4. Makan dan minum semasa transit (jika ada) melainkan dinyatakan khusus.
5. Tambahan kos visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia.
6. Caj bagi urusan pengesahan dokumen sokongan bagi jemaah bermahram.

TERMA & SYARAT (COVID19)

1. Bagi urusan solat dan pelaksanaan ibadah Umrah, jemaah harus mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.
2. Lawatan tempat ziarah adalah tertakluk kepada kebenaran pihak kerajaan Arab Saudi.
3. FELDA TRAVEL tidak bertanggungjawab sekiranya jemaah didapati positif Covid-19 atau menjadi kontak rapat atau tidak dapat mengemukakan keputusan ujian Covid-19 yang negatif dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas ke Arab Saudi atau berlepas pulang ke Malaysia adalah tidak dibenarkan untuk menaiki penerbangan. FELDA TRAVEL berhak untuk tidak memulangkan sebarang kos keseluruhan yang telah dijelaskan.
4. Semasa di Arab Saudi, sekiranya jemaah didapati positif Covid-19, hanya kos rawatan dan kuarantin sahaja di bawah perlindungan insurans. Maksimum 14 hari kuarantin. Jemaah yang menjadi kontak rapat adalah terkecuali daripada perlindungan ini. Kos-kos lain seperti kos pengangkutan, makanan dan tiket penerbangan balik adalah di bawah tanggungjawab jemaah dan waris yang menemaninya.
5. Merujuk perenggan 4, bagi jemaah yang tiba di Malaysia, sekiranya didapati positif Covid-19 atau menjadi kontak rapat, jemaah hendaklah merujuk kepada pihak Kementerian kesihatan Malaysia. FELDA TRAVEL tidak bertanggungjawab atas rawatan atau sebarang kos yang dikenakan.
6. Kos-kos yang berkaitan Covid-19 di Malaysia seperti kos kuarantin, kos ujian PCR dan lain-lain kos yang berkaitan adalah tidak termasuk di dalam pakej Umrah dan perlu ditanggung sepenuhnya oleh jemaah.
7. Jika tempoh sah laku keputusan ujian PCR tamat akibat penerbangan tertangguh dan menyebabkan jemaah perlu melakukan semula ujian PCR tersebut. FELDA TRAVEL tidak akan bertanggungjawab keatas kos ini.
8. Pematuhan SOP pencegahan Covid-19 sama ada di Malaysia dan Arab Saudi adalah tanggungjawab jemaah sepenuhnya.

LAIN-LAIN TERMA DAN SYARAT

1. Lain-lain terma dan syarat yang tidak dinyatakan di dalam dokumen ini adalah tertakluk kepada peraturan terkini yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia, Kerajaan Arab Saudi dan negara-negara lain yang mana berkaitan.
2. FELDA TRAVEL berhak untuk meminda, menambah atau menghapuskan mana-mana terma dan syarat, polisi yang terkandung dalam dokumen ini, mengikut mana-mana yang berkenaan, tanpa notis terlebih dahulu.

PEMBATALAN PAKEJ

1. Jika pembatalan dibuat selepas tempahan penginapan atau penerbangan atau permohonan visa atau lain-lain perkhidmatan yang berkaitan maka bayaran deposit tidak akan dikembalikan. Kadar caj adalah merujuk kepada Jadual Ke Empat Akta Industri Perlancongan 1992.
2. Penukaran tarikh pakej akan memberi kesan kepada perubahan harga atau caj tambahan.
3. Caj RM 300 akan dikenakan sekiranya set bagasi dan Buku Panduan Umrah yang dipulangkan tidak dalam keadaan asalsemasa ia diserahkan.

JADUAL KEEMPAT (Subperenggan 6(l) (m) (ii)
AKTA INDUSTRI PELANCONGAN

PAKEJ PELANCONGAN BERKUMPULAN

1. Pembatalan tempahan perlu mesti secara bertulis bagi mengelakkan salah faham. Jika syarikat menerima notis untuk membatalkan tempahan itu 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan.
1.1.  Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai :


                 PEMBATALAN DITERIMA                      CAJ PEMBATALAN BAGI SETIAP ORANG
35 - 49 hari sebelum tarikh berlepas
50% daripada harga
Kurang dari 34 harisebelum tarikh berlepas
Tiada pemulangan

Dasar pembatalan masing-masing syarikat penerbangan bagi promosi tambang istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti dinyatakan dalam fasal 1.1. (Catatan: Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada terma dan syarat syarikat penerbangan. Ia mungkin tidak boleh disahkan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindahkan laluan. Sebarang pemindaan kepada laluan atau pertukaran tarikh perjalanan adalah risiko beliau sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan pembelanjaan tambahan yang tertanggung.